Friday, 21 October 2011
sejarah kongsi gelap di malaysia...
Posted by aedes at 04:01 PM
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Di Malaysia, di mana orang Cina adalah kaum yang terkaya, kongsi-kongsi gelap telah menjadi bertambah kuat kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli perniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja. Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal, penari, rumah urut dan peniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan daripada mereka itu.
Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam politik, kalau ada pun sangatlah sedikit, tetapi dalam tahun 1969 peranan yang mereka mainkan telah menjadi lebeh penting kerana mereka berada di mana-mana dan ditakuti oleh orang ramai.
Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka, sama ada untuk mengawal keselamatan mereka, atau untuk menambahkan pengaruh dan meninggikan kedudukan mereka di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlah mereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana itu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang tidak lagi dianggap sebagai kuman masyarakat, telah mendapat kedudukan penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti kumpulan sulit Mafia di Amerika Syarikat; dan dengan kedudukan ini mereka telah menimbulkan satu ancaman dan masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)